Majlis Islam Norway Islam_di_Norway

Sebuah pertubuhan payung untuk jemaah-jemaah dan pertubuhan-pertubuhan Muslim di Norway, Majlis Islam Norway (Islamsk Råd Norge), telah ditubuhkan pada 1993. Pengembangan jemaah-jemaah Muslim pada 1980-an telah beralih kepada perpecahan, apabila beberapa buah masjid baru telah ditubuhkan untuk kumpulan Muslim berlainan. Tiada pertubuhan yang bersatu yang dapat mewakili orang Muslim vis-a-vis masyarakat Norway. Pencetus untuk kerjasama yang lebih erat antara jemaah ialah suatu jemputan daripada Majlis Antara-Gereja untuk Gereja Norway (Mellomkirkelig råd for Den norske kirke), sebuah organ yang mencadangkan hubungan pertubuhan Kristian dan Muslim. Cadangan ini telah diterima baik dalam masyarakat Muslim, tetapi ada pada waktu itu tiada pertubuhan tunggal yang dapat mewakili orang Muslim dalam sebuah forum. Masjid terbesar, Pusat Jama'at-e Ahl-e sunnat, mengambil inisiatif untuk memulakan proses itu yang memandu kepada pembentukan Majlis Islam Norway pada 22 Oktober 1993, pada awalnya dengan lima masjid ahli. Kemudian, Kumpulan Hubungan untuk Antara-Gereja Norway dan Majlis Islam Norway (Kontaktgruppa for Mellomkirkelig Råd for Den norske kirke og Islamsk Råd Norge) telah ditubuhkan. Pada Februari 2007, Majlis Islam Norway telah ada mempunyai 22 ahli, termasuk tiga pertubuhan payung taraf lebih rendah. Pada 1999, telah ditafsirkan bahawa setengah penduduk Muslim di Norway ialah ahli-ahli masjid yang bernaung dengan Majlis Islam, termasuk masjid orang Albania, Bosnia, Pakistan barelwi dan deobandi, Arab, Turki, Somali dan Gambia. Sejak 1996, Majlis Islam Norway telah megambil bahagian dalam Majlis Kerjasama untuk Masyarakat Kepercayaan (Samarbeidsrådet for Tros- og Livssynssamfunn) yang mengaturkan semua agama utama Norway.